Serahkan Resolusi Kongres, Pemerintah Malaysia Gelontorkan RM6 Juta ke Organisasi Gerakan Koperasi ANGKASA

Presiden ANGKASA Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah (kedua dari kanan) pada Majelis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Jumat (26/7/2024). Foto: dok Dekopin

Organisasi perkoperasian Malaysia, ANGKASA sekali lagi melakar detik bersejarah dalam gerakan koperasi negara pada 26 Juli 2024, yaitu selepas 53 tahun apabila menyaksikan penyerahan resolusi Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 secara rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

semarak.co-Penyerahan resolusi hasil daripada suara gerakan koperasi ini telah disampaikan Presiden ANGKASA Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Jumat (26/7/2024).

Bacaan Lainnya

Hadir sama pada majelis tersebut Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Timbalan Menteri KUSKOP YB Dato Ramanan Ramakrishnan, dan Ketua Setiausaha KUSKOP Dato Sri Suriani Dato’ Ahmad, serta jemputan khas antarabangsa Pengarah Serantau ICA-AP, Mr. Balu Iyer dan Ketua Umum Dewan Koperasi Indonesia (DEKOPIN) Profesor Dr Andi Muhammad Nurdin Halid.

Penyerahan resolusi ini merupakan dokumen resmi yang diterima  kerajaan sebagai bukti mewakili suara gerakan koperasi dalam menyatakan pendirian teguh terhadap keperluan dan kehendak sebenar gerakan, hasil daripada 27 Sesi Libat Urus (SLU) menerusi penglibatan lebih 6,000 koperator daripada seluruh negara.

Selepas kongres koperasi pertama pada tahun 1966 dan kedua pada 1971, pelbagai perubahan dalam landskap ekonomi negara serta global dan hal tersebut menuntut gerakan untuk melakukan penelitian semula terhadap isu dan cabaran tertentu supaya koperasi selari dengan perubahan persekitaran pada masa kini.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penutupan kongres menzahirkan sokongan penuh terhadap usaha memperkasa dan membangunkan gerakan koperasi negara. Sektor koperasi adalah asas dan tonggak pertumbuhan ekonomi rakyat yang amat penting untuk digembleng secara bersama agar matlamat kesejahteraan rakyat terjamin menerusi penyertaan yang lebih meluas.

“Usaha memacu kekuatan ekonomi juga perlu seiring dalam melonjakkan kekuatan gerakan seiring dengan pengukuhan ekonomi MADANI yang diperjuangkan. Bagi merealisasikan usaha pemerkasaan gerakan koperasi, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM6 juta kepada ANGKASA bagi meningkatkan lagi kekuatan Gerakan,” tuturnya.

Jumlah itu melibatkan peruntukan sebanyak RM2 juta melalui Jualan Rahmah di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), manakala RM2 juta lagi bagi Program Sejati MADANI, iaitu melibatkan penyertaan koperasi dalam kelompok perkampungan MADANI.

“Sebanyak RM1 juta turut diperuntukkan kepada ANGKASA bagi menjayakan agenda memperkukuh jaringan kerjasama ekonomi serantau di mana Malaysia menjadi tuan rumah Program ASEAN 2025,” paparnya seperti dirilis yang diterima redaksi semarak.co, Rabu (7/8/2024).

Selain itu, sambung dia, sejumlah RM1 juta turut diperuntukkan kepada usaha pembangunan dan pengurusan Koperasi Kariah Masjid di seluruh negara bagi membina dan memantapkan lagi kekuatan koperasi masjid.

Terdahulu, Menteri KUSKOP YB Datuk Ewon Benedick dalam ucapan aluannya menyatakan, dirinya dan kementeriannya komitmen mengambil langkah untuk menilai dan melaksanakan setiap cadangan serta keperluan yang dibangkitkan dalam kongres tersebut.

Setiap resolusi katanya, akan diselaraskan bermatlamat untuk memperkukuhkan peranan koperasi sebagai penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara. Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Presiden ANGKASA Mohd Azlan Yahya, barisan Anggota Lembaga ANGKASA,

Yaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Encik Azizul Alias (Wakil Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi) dan Encik Ezleezan Othman (Wakil Kementerian Kewangan).

Selain itu, barisan Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan (JTK) ANGKASA, barisan Pengerusi ANGKASA Negeri, barisan Jawatankuasa Audit Dalaman (JAD) ANGKASA diketuai oleh Dato’ Haji Shaharudin Mohd Sa’ad, barisan Penasihat Korporat ANGKASA dan barisan pengurusan ANGKASA diketuai Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

Kongres anjuran ANGKASA dengan sokongan KUSKOP serta kerjasama SKM dan IKMa itu telah berjaya menghimpunkan penyertaan seramai 4,623 orang perwakilan secara fizikal dan dalam talian. (smr)

Pos terkait