Pray for Rafah in Palestine dengan Kerjakan Qunut Nazilah

Grafis ratusan kuburan mayat korban kekejaman Israel yang terdiri dari warga sipil, bukan Hamas di Rafah Palestina. Foto: internet

Jika Nabi Muhammad SAW masih ada, apakah yang Nabi akan buat bila mendengar umat Islam yang tidak berdosa di Palestine telah diserang musuh dengan penuh kekejaman? Inilah sifat sahabat dalam belajar sunah terus ikut apa Nabi react dan amal.

semarak.co-Alkisahnya, pada zaman Nabi telah berlaku Gerhana Matahari, melihat peristiwa itu, terus anak-anak, remaja dan orang dewasa berlari ke masjid untuk melihat apakah yang Nabi akan buat sewaktu berlaku gerhana?

Bacaan Lainnya

Ringkas cerita, rumah Nabi sebelah Masjid Nabawi sahaja, maka para sahabat telah melihat Nabi menunaikan shalat sunat gerhana dengan tambahan pada rukok dan bacaan doa maka para sahabat telah faham bahawa itulah amalan sunah ketika berlaku gerhana.

Bagaimana pula jika mendengar orang Islam dibunuh dengan kejam di lokasi yang jauh yang tak mampu kita tolong? Adakah pernah berlaku peristiwa seperti ini di zaman Nabi? Jawapannya, ya pernah ada pembunuhan 70 Hafiz Al-Quran di sebuah perkampungan yang telah ditipu orang kafir.

Kononnya mereka semua telah masuk Islam dan perlukan seorang guru agama, maka seramai 70 orang ustadz telah Nabi antar untuk mengajar tentang Islam di sana. Namun apabila sampai di tengah jalan mereka semua telah dibunuh oleh musuh Islam. Maka Nabi dan sahabat telah mengadakan Qunut Nazilah setiap kali rakaat terakhir subuh iaitu doa laknat kepada musuh.

Menurut riwayat, Solat subuh zaman Nabi sentiasa penuh macam solat Jumaat, jarang dengar cerita orang Islam yang solat di rumah kecuali ada uzur, maka doa Qunut mengiringi solat subuh, ada riwayat mengatakan termasuk solat Magrib dan isyak, maka ringkas cerita tak lama kemudian, musuh islam itu mati terkena wabak penyakit.

Begitulah takdir Allah melawan musuh Islam, Firaun kalah dengan air, Namrud kalah dengan nyamuk, tentera azab kalah dengan angin, dan ketua kafir yang bunuh sahabat ini kalah dengan kuman. Tak lama dari doa Qunut ini Nabi siapkan tentera menghalau musuh islam termasuk perkampungan Yahudi buat selamanya diusir dari Madinah.

Maka sekarang ini Bacaan Qunut Nazilah telah dibacakan tiap hari lepas subuh di seluruh dunia. Inilah sunah Nabi sewaktu mendengar berita kezaliman musuh. Sebelum Nabi gerakkan tentera menuntut keadilan. Tapi ingat, subuh zaman Nabi dihadiri oleh semua orang Islam kecuali yang ada keuzuran atau orang munafik.

Maka pesan pada diri kita semua umat Islam, ayuh shlat lima waktu berjemaah dan paling sedikit kita boleh buat untuk bantu orang tertindas adalah mendoakan saudara-saudara kita di Palestine dalam Qunut Nazilah tiap kali shalat subuh berjemaah.

Jadi selain usaha boikot, demo, derma, sukarelawan, dan lain lain usaha, sunnah solat subuh baca Qunut Nazilah ini paling tidak kita usahakan untuk buat setiap hari, di masjid terhampir. Jika masjid tak buat, jangan lupa terus berdoa dalam Tahajjud. Jangan yang paling seawal pagi ini pun kita tak buat. Pesan pada ahli keluarga dan semua umat islam. Ayuh!

Do’a Qunut Nazilah untuk Keselamatan Palestina. Foto: internet

 

sumber: WAGroup BHINNEKA TUNGGAL IKA 100% (postSelasa4/6/2024/)

Pos terkait